Pengikut

Sabtu, 23 Jun 2012

Rindu Di Awan Biru

Gambar : Laman Web Alaf21

Khatam sattu novel lagi. Jalan cerita novel Rindu Di Awan Biru karya Meen Zulaikha  best sangat. Selagi tak abis baca selagi tu teringat-ingat. Aku cuma tak puas hati sebab penceritaan dalam ni longgar sangat.  Tak dihuraikan dengan lengkap dalam satu-satu situasi (tak semua).

Kisah mengeni Hanan yang tidak percaya kepada lelaki dan serik utk bercinta dan berkahwin akibat pengalaman ibunya yang ditinggalkan oleh ayahnya kerana berkahwin lain. Dalam taknak berkahwin tu akhirnya ternikah secara ringkas juga dengan Akmal yang seorang pilot di sebuah masjid di Instanbul. Puas hidup-hidup Hanna ditipu. Huhuu..bawa ke rumah bakal mak mertua, bukannya mak Akmal yang betul. Yela orang dah ada isteri, bawa ke rumah mak betul kan naya pulak.

Balik ke Malaysian. Lepas nikah nak buat kenduri, datang rombongan berbincang ketika Hanan ke luar negara. Entah sapela yang Akmal bawa utk datang berbincang dengan ibu Hanan. Nak buat kecil-kecil je kenduri memangkan rombongan Akmal cuma dua kereta je.Maklumla kaaaaaan...

Dalam novel ni banyak watak yang 'mati'. Maksudnya waktu yang hilang bila hampir di penghujung cerita. Kalau ulas lebih lagi mesti best macam mana ayah Hanan dengan keluarga barunya.

Ok mungkin itu tak penting sangat sebab cuma watak sampingan je. Cuma paling tak puas hati Akmal hilang camtu je sampai tamat tanpa diceritakan. Ermmm aku nak tau juga apa jadi Akmal selepas  menceraikan Hanan dengan talak tiga. Bukan ke Akmal tu watak utama (hero) dalam novel ni. 

Tapi bila lepas diceraikan hilang terus watak tu...emmm tak puas la. Nak tau juga perassan dia, isteri pertama dia macamna. Takkan takde marah-marah sikit pun sebab isteri pertama dia punya fitnah dan rancangan la Hanan isteri kedua diceraikan dengan talak tiga.

Ermmm ok la juga sebab banyak info-info tempat percutian yang menarik. Walaupun cuma baca aja tapi rasa diri sama-sama menjelajah ke negara tersebut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...