Pengikut

Ahad, 24 Jun 2012

Strawberi Nenas Trifle Yogurt

 

April Mei Jun

Asal dari trifle jugak. Tapi memandangkan ada yang tak cukup bahan. Aku ubat sikit la. Ada lebih sebiji kek span coklat dan ada setin nanas gelang dalam tin. J

 

DSCN9502

Jadi kalau selalu kita makan triffle yang manis. Aku ubahkan jadi triffle manis manis masam. Apa nak kata ikut citarasa mulut masing-masing la.

DSCN9503

Kat atas lapisan tu aku ganti yogurt. Tak letak agar-agar.

DSCN9504

Lapisan Bawah.

Kek Span coklat dipotong potong kecil. Saiz, ikut suka la. Kemudian curahkan air nenas dalam tin.

DSCN9505

Lapisan Kedua ; Kastard.

Masukkan susu cair 1 tin, 1 tin air kosong, 3 sudu besar penuh serbuk kastad (bancuh dengan air  1 tin tu dulu), 1/2 cawan (ikut selera manis masing-masing la ye), 1 sudu kecil esen vanilla.

Bancuh atas api sampai likat. Curahkan atas lapisan kek span coklat. Sejukkan.

DSCN9506

Lapisan Ketiga.

Satu bekas atau dua bekas yogurt. Terpulang nak plain atau yang berperisa.

Curah atas lapisan kartard.

Tabur hirisan nenas dan stawberi. Sejukkan sebelum dimakan. Akan rasa manis-manis masam bila dimakan.

 

Tips : Masukkan dalam bekas kecil atas cawan utk hidangan seorang makan. Lapisan kastad likat ye walaupun disejukkan. Kalau pakai bekas besar, bila disendukkan akan bercampur ketiga-tiga adunan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...