Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

Ungkep Hati Lembu

 

DSCN9601

 

Ok..hari ni aku mencuba resepi baru. Takdela baru tapi baru bagi aku yang baru mencuba resepi ini. Sanggup ok menyusakan CC khadijah kat ofis tu kirim beli hati lembu.

Padahal ada je ayam kat rumah. Tapi selalu makan ayam pun bosan gak. Kira tukar selera la tu guna Hati Lembu. Resepi ni boleh juga pakai daging atau paru.

Kata dari sumber yang boleh dipercayai masakan ni adalah masakan golongan Jawa. Suamiku orang jawa tapi tak pernah plak makan lauk ni. Mungkin jawa negeri lain kot.

Resepi asal dari Majalah Saji Bulan Julai 2012.

 

DSCN9599

Bahan-bahan;

1/2 kg hati lembu – hiris nipis

3 keping lengkuas – yang telah dihiris halus

3 batang serai – aku pakai 2 batang

3 helai daun limau purut – tak letak pun

*20 tangkai cili padi – pakai dalam 12 biji je

*3  cm kunyit hidup

*5 ulas bawang putih – pakai 2 ulas je

*3cm halia

*2 labu bawang besar

*1 sudu besar ketumbar biji – aku tambah juga ketumbar serbuk

* 1 sudu jintan manis

Gula Garam

1/2 cawan air asam jawa cair

1 ketul kiub lembu – aku tak letak

Cara-cara;

  1. Bahan bertanda * dikisar. Aku kisar kering je pakai mesin ‘chopper’ sebab malas nak tumis lama.
  2. Pastu tumis bahan kisar hingga naik minyak. Kemudian masukkan serai yang diketuk, lengkuas dan daun limau purut.
  3. Masukkan hati lembu yang dicuci bersih. Tutup periuk hingga hati empuk. Tak empuk lagi boleh tambah air sikit.
  4. Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  5. Masak hingga kering. Kalau nak makan berkuah tak payah masak sampai kuah kering.

 

DSCN9600

Sedap makan dengan nasi panas-panas. Takde lauk lain pun dah ok.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...