Pengikut

Selasa, 31 Julai 2012

Iftar #11

Kenyang sudah setelah menikmati hidangan berbuka puasa. Chrwahhhhh macam la aku ni puasa...haha. Orang berbuka pun kita sebuk dok menempel sekali. Masa orang puasa kite pun makan jugak.

Hari ni menu mee goreng jela. Request dari e.suami. Selain tu buat kuih sekaya.. Bawah pulut atas pula adunan telur dan gula melaka. Air? Sungguh heaven bila menikmati jus tembikai..segar dan nyaman.

Babay!



Insurans

Lalala..kat perodua renew insurans kereta. Roadvtax akan tamat 25/8/12 nanti. Kalau lambat bayar lambat siap.lambat siap tak boleh balik raya maaaaa....


Hujan

Hujan lebat pagi ni dan seperti aku kebasahan. Pakai payung punn tak guna sebab hujan ditolak angin. Melintang la hujan tu.. Abis kain ku basah.

Awal-awal taknak siap..bila langit dah gelap baru tergegeh-hegeh bersiap nak gi kerja...dah terlambat wahai azwani.

Isnin, 30 Julai 2012

Sos karamel

2 hari lepas aku sediakan trifle pudding untuk berbuka. Tapinaku baut in jar. Buat sos khas iaitunsos karamel. Sedap sangat!

Sos karamel

4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar mentega
1/2 tin susu cair
1/2 tin air

Aku buat sos kat atas tu hentam aje. Mujur jadi.
Gula panaskan dalam kuali. Masak hinggaa cair dan perang. Kemudian nmasukkan susu cair dan air. Masak hingga pekat.

Pastu yang lain2 tu macam biasa la. Lapis swiss roll,  baru curah sos kat atas swiss roll tu. Swiss roll tu akan menyerap sos karamel. Lapisan kedua sosnkastard, agar2 serta buah.

Resepi sos kastard ada kat dalam blog ni jugak.


Duit

Dah tukar ke duit raya? Akundah tukar dah tapi sikit je..tumpang kat member ofis.

Ingat nak sambung bciter vietnam tu..tapi sejak puasa ni asyik post gambar makanan je..

Kalau ada masa nanti ingat nak smbung balik tapi malasnya nak tukar sim broadband ni sana sini.


Novel

http://instagr.am/p/NsLeMqGTv8/
Novel baru belinorder online dahn terima. Emm xtau bila dapat baca ni...dah masuk 4 novel dah novel yang belum baca...


Sahur

Sahur pun masih makan lauk yang sama..tapi itu biasa..kena tengok waktu berbuka lak..amboi cam tak puas hati je aku ni..haha


Ahad, 29 Julai 2012

Testing


Banyak makanan

Hari ni masak banyak sikit sebab suami aku adik-adik dia berbuka puasa kat umah. Sudahnya nsampai azan maghrib pun tak muncul. Jadinya..lauk yg banyak ni kena kendurikan lagi esok. Seekor ayam tau..kami berdua je..adehh..

Ayam gulai, sambal sotong, ayam goreng tepung dan kankungngoreng belacan...pstttt abangnya siap potong tembikai lagi sebiji tauuu..

Apasal la korang buat cenggini kat abang dan kakakmu macam gini wahai adik-adik tersayang....


Sabtu, 28 Julai 2012

Menu Iftar #7

 

 

DSCN9198

Semalam berbuka dengan Ayam Bakar BBQ. Beli yang dah siap marinated dekat COld Storage dan balik masuk oven aje. Merengkuk je ayam tu, sejuk ke?

DSCN9199

Yang ni sambal sotong. Memang buat ni sebab ayam BBQ tu takde sos. Buat cicah ayam bakar. Mana plak nak cari sos blackpaper, kan..

DSCN9200

Sayur kubis campur baby corn berencahkan daging dan telur hancur.

DSCN9201

Hidangan berbuka kami. Ada seekor ikan goreng sesat. Lebihan sahur.

DSCN9204

Kuih simple je yang aku buat. Puff sosej keju ddan puff tuna.

Jumaat, 27 Julai 2012

Menu Iftar hari ke - 6

 

DSCN9197

Menu berbuka semalam. Sayur kubis sotong dipecahkan dengan telur. Telur dadar dan daging masak ungkep.

Selesaiii.. sayur tu paling mendapat sambutan..sedap kot. Kuih plak aku buat tuna puff tapi agak rentung kat hujung sana tu..

Rabu, 25 Julai 2012

Bonus 2012

 

Yehayyyyyyyy..alhamdulillah..

Tahun ni dapat jugak bonus. Separuh/setengah bulan gaji je..walaupun tak banyak dengan gaji aku yang ciput tu..

Dapat jugaklah buat tambang minyak balik kampung nanti..hehe..

 

Selasa, 24 Julai 2012

Menu Iftar ke-3 dan 4

 

 

DSCN0695

Tekak tiba-tiba teringin nak makan lontong. Walaupun makanan ni bukan dari negeri kami suami isteri..bila tekak teringin layankan aje.

DSCN0696

Sayur lodeh. Aku rasa sikit-sikit je setiap jenis sayur aku letak. Bila siap mak aiiiiii satu periuk besar. Jenuh nak perabihkan. Akhirnya lebihan sayur lodeh ni jadi santapan anjir penjaga pagar kat tempat suami aku pagi tadi…hehe..

DSCN0697

Sayur lodeh diregukan dengan sambal sotong rendam. Cilinya keringnya tak merah tapi pedasnya yang amatttt membuatkan kami terbatuk-batuk padahal dan campur ngan kuah lodeh dah tu.

DSCN0700

Pencuci mulutnya adalah puding caramel. Psttt kat kawasan aku ni susah betul nak cari ais ketul..dah 2 hari tak dapat cari air ketul. Inisiatifnya terpaksa buat ais sendiri tadi.

DSCN0701

Memangkan hari ni dah mula kerja..semalam aku cuti. Jadi aku masak biasa-biasa je..telur dadar aje pun. Yang penting masak sendiri.

DSCN0704

Dengan sup ayam campur lobak merah dan kubis.

DSCN0706

Serta daging masak kicap. Itupun dah tau nak cubit lauk mana nak makan.

DSCN0705

Ini plak cucur nasi himpit. Nasi himpit ni aku pakai lebih buat lontong semalam. Cucur nasi himpit ni lagi sedap dari cucur gandum biasa sebab ia lagi lembut.

 

Cucur nasi himpit.

  • 1 ketul nasi himpit (besar).
  • 1 biji telur rebus
  • Sedikit tepung gandum
  • segengam ikan bilis
  • 1 labu bawang merah – hiris halus
  • 1 tangkai cili merah/hijau
  • 3 tangkai cili padi.

 

Cara-cara.

  • Nasi himpit dipotong kecil. Di kisar dengan telur rebus.
  • Masukkan dalam bekas, campurkan tepung gandum. Kalau kurang air, boleh tambah air. Masukkan semua bahan-bahan lain. Kacau rata sampai jadi macam bancuhan cucur gandum biasa.
  • Goreng dalam kuali panas.

Isnin, 23 Julai 2012

Onde-Onde Iftar ke-2

 

DSCN0692

Dah hari ketiga dah kita berpuasa. Setakat puasa hari ketiga ni takde la lagi panaskan lauk semalam untuk bersahur. Masih rajin lagi bangun masak. Ada orang yang nak makan, ok je aku. Kalau macam tahun lepas tu, bersahur sorang-sorang aku panaskan lauk berbuka yang malam tu punya jela.

Menu berbuka untuk hari kedua semalam. Nasi Arab dengan ayam bakar je. Simple. Pastu buat onde-onde jugak kebetulah ada sepeket tepung beras pulut yang Ma bawak dari kampung masa datang sini hari tu.

Resepi Onde-onde ;mesti ada yang kata eleh resepi ini pun nak letak resepi jugak ke kat sini  ke? Haha.. Semua orang tau buatlah. Eh Tolong sikit ye..aku letak sini utk rujukan AKU sendiri di kemudian hari, maklumlah kali pertama buat dan juga kepada sesiapa yang memerlukan.

Bahan-bahan;

  • 1/2 paket tepung beras pulut.
  • Daun pandan + air – Blend. (tapi aku pakai shortcut punya sbb takde daun pandan, beberapa titis esen pandan dan pewarna hijau)
  • gula melaka – dadukan ikut saiz yang disukai. AKu dadukan besar-besar biar puas masa makan.
  • Kelapa muda parut/kelapa putih parut + sedikit garam.

Cara-cara.

  • Panaskan air atas dapur.
  • Gaul tepung beras pulut dengan air dan pewarna hijau+esen pandan (aku pakai yang tu, aku tulis yang tu) sampai jadi doh.
  • Bulat-bulatkan sebesar ibu jari dan masukkan gula melaka dadu.
  • Bila air mendidih, masukkan gentelan doh ke dalam air mendidih.
  • Bila dah timbul ke permukaan periuk, kauplah dengan penapis besi.
  • Letak dalam kelapa parut, goncang-goncang bagi rata kelapa dan masukkan dalam pinggan.

DSCN0693

Nasi arab buat sendiri je.

DSCN0694

Kuih Takoyaki beli kat bazar ramadan.

Ahad, 22 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam–Vung Tau City.

 

Hari ni hari kedua berpuasa. Nak balik kampung sorang pun asyik tertunda aje mengenangkan tak sampai hati nak tinggalkan cik abe sorang berbuka kat umah ni..chewaaahh..

Waktu sekarang tengah sibuk memikirkan juadah untuk berbuka puasa nanti. Memanglah awal lagi..tapi kena la buat persediaan jugak. Takkan dah sampai waktu berbuka baru nak fikir. Hancoss…takkan la masa tu baru nak keluarkan ayam/daging/ikan yang tengah beku dalam freezer tu.

Nantilah jap lagi nak belek-belek majalah resepi. Amboiiii beresepi bagai padahal nak masak nasi lemak je untuk berbuka petang ni. Hahaaa..

Aku kena habiskan assigment trip ke Vietnam hari tu. Agak semput jugak ni..tapi misi kena laksanakan jugak.

Baru trip hari kedua..aku rasa dah berentry-entry aku ceritakan tapi masih di hari kedua. Oklah lepas melawat chu chi tunnel yang luas tu, kami menempuh perjalanan yang jauh untuk ke Bandar Vung Tau. Hari kedua adalah hari yang amat memenatkan aku sepanjang 5 hari di Ho Chi Minh City. Nak tau kena rujuk la entry-entry sebelum ni di sini, di sini dan di sini.

Perjalananan mengambil masa selama 2 jam. Highway ke sana masih belum siap sepenuhnya, jadi pemanduan lebih kurang 50-60KM/jam la rasanya. Amat perlahan tapi ada peluang jugalah melihat pemandangan sekeliling.

DSCN9931

Terowong yang aku lupa terowong apa. Kami diberitahu dan sefaham aku, terowong ni dibina di atas Sungai Mekong. Jadi terowong ni melalui atas sungai mekong la.

DSCN9935

Tepi jalanraya

DSCN9936

Yang kat atas tu ada rupa muka manusia kalau tak silap aku temple..

DSCN9937

Macam pesta plak depan ni aku tengok. Mungkin temple jugak kot tengok pada rupa bentuk bangunan tu.

DSCN9938DSCN9939DSCN9940

Di pinggir-pinggir bandar Ho Chi Minh ni baru jumpa jentera berat berderet-deret tepi jalan.

DSCN9941

Tepi jalan, banyak dipamerkan patung-patung yang diukir.

DSCN9944DSCN9945DSCN9946DSCN9947

Lalu di mana-mana pun kat Vietnam ni mesti nampak sungai. Besar plak tu. Macam pelabuhan plak kat sungai-sungai ni walhal ‘sungai’ je bukan laut.

DSCN9948DSCN9949

Bulatan kat tengah-tengah jalanraya ni besar betul.

DSCN9950DSCN9951DSCN9952

Singgah sekejap kat satu restoren. Ala-ala macam R&R la kot sebab banyak bas berhenti tapi rupannya cam restoren la. Kat dalam tu juga ada disediakan bilik air yang banyak. Banyak jugak produk-produk dari vietnam dijual kat situ.

DSCN9956

Ambik gambar bersama buah-buahan. Bukannya takde buah ni kat Malaysia. Saje..kenangan dengan buah made in Vietnam..hahaha. Terliur plak tengok posa-posa ni.

DSCN9957

Dragon Fruit. Rupanya orang vietnam ni tak tau apa dragon fruit. Diorang tak panggil dragon fruit kat sini. Jenuh nak terangkan masa nak order, siap kena tunjuk lagi. Nak tunjuk masa buka peti ais diorang tak bagi.

DSCN9958

Manis tau buah-buahan kat sini. Semua tau..nenas, ciku, jambu, tembikai,mangga..laici, longan. Perlukah aku sebut satu-satu..? Aku beli buah naga tu tawar plak. Satu bekas 80,000 dong. Bila dah convert duit Malaysia, dalam RM7 lebih jugak la..cisss. Baik beli yang kilo-kilo kat pasar lagi murah.

DSCN9964

Kami sampai di Vung Tau City dah malam dan perut sangat lapar. Air kat atas tu nampak sangat menyelerakan.

DSCN9969

Masa tuang tu memang la tak hengat. Tapi bila teguk..urkkk. Tawar vs payau. Teh dia la tu.

DSCN9972

Kami makan di seafood restaurant di tepi laut. Memadangkan dah malam, takde la kami nampak laut. Restoren ni boleh dikatakan restoren mewah jugaklah kat sini.

DSCN9973

Udang. Lemah betul aku tengok makanan kat sini. Semuanya berselirat dengan sayur dan bawang.

DSCN9979

Telur dadar. Telur lagiiiii…eh takpe aku suka telur.

DSCN9980

Cepatlah ceduk nasi..dah lapar ni.

DSCN9981

Walaupun lauk belum habis dihidangkan. Kami makan dulu..lapar.

DSCN9984

Ingat ni sangat sedap. Isinya lembut. Ikan tuna kot. Masak ala sweet sour.

 

DSCN9991

Pinggan makan ku.

DSCN9995

Ada udang, ada sotong, kepah tapi tu laa.. semua berselirat dengan sayur.

DSCN9997

aumm .. awummm..baru tiba..

DSCN9998

Steamboat..

DSCN0005

Kenyang..sangat puas hati.

DSCN0011DSCN0012

Bila dah siap makan, kami tunggu la kat depan restoren sambil tunggu bas masuk. Kami keliling kolam simpan seafood segar. erkk ada ular laut. Owhh..ular laut pun seafood bagi diorang jugak ye. Tapi selalu gak tengok dalam rancangan kat astro tu, orang sini sume diorang makan, darah ular pun sebagai tonik.

DSCN0007

Oleh kerana hujan, kena tunggu bas hingga ke tangga la baru kami naik.

DSCN0019

Setelah makan, kami di bawa ke Petrosetco Hotel untuk berehat.

DSCN0021

Kami juga diberi ‘welcome drink’ sambil menunggu kunci.

DSCN0024DSCN0026DSCN0027DSCN0028DSCN0033

Bilik yang kami menginap pada malam tersebut. Takdela luas sangat, nak solat pun terpaksa kecik-kecikkan badan, alihkan kerusi. Pastu tidur tak sedar sampai ke pagi sebab penat sangat.

DSCN0030

Kami kat hotel ni cuma satu malam saja. Lepas sarapan esok kena check out untuk ke destinasi seterusnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...