Pengikut

Isnin, 9 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam - Sarapan hari kedua

 

DSCN9706

Pada hari kedua, kami bangun awal dari biasa memandangkan kat sini 4.30 pagi dah subuh. 5.30 pagi waktu malaysia. Pukul 6.00 pagi kat sini dah cerah macam pukul 7.00 pagi. Mata memang dah takleh lena dah.

 

DSCN9708

Jadi kami turun awal ke lobi dan berlegar-legar kat bawah bergambar sebelum sarapan pagi disiapkan. Ingatkan sarapan dah sedia bila turun jam 6.30 pagi rupanya belum lagi.

DSCN9711

Jadi model untuk Lan Lan Hotel plak dah.

DSCN9712

Hanya satu section jela  makanan yang kami boleh jamah. Telur masin pun ada juga rupanya kat sini.

DSCN9713

Bubur nasi dan pulut. Bubur nasi tu aku makan ngan telur masin je. Ada juga yang campur semua-semua tu dalam bubur nasi. Tak boleh makan la. Rupannya pulut tu manis. Campur dengan bubur nasi dan telur masin..apa rasa ye..tak boleh nak telan la. Ingatkan set bubur nasi kat sini campur semua-semua tu. Siap ada mangkuk gula lagi letak kat situ. Mangkuk gula tu tak tau untuk makan dengan apa..makan ngan pulut kot. Mula-mula ingatkan garam. Aku ada letak sikit dalam bubur nasi campur telur masin aku, bila makan ada kawasan yang rasa manis-manis sikit.

DSCN9714

Section yang diserbu. Section makanan yang kami takleh makan nampak meriah dan nampak sedap je. Gulpp telan air liur jela ye.

DSCN9716

Makanan aku. Amboiii banyak makan. Niat di hati nak rasa semua jenis makanan yang ada tapi ini je yang mampu. Ambik jus oren sebab aku dengar orang cakap kopinya pahit sampai melekat kat lidah..errr…

DSCN9717

Bubur nasi aku campur telur masin dan gula yang tersilap ambil. Ingatkan garam.

DSCN9718

Pisang goreng yang sedap dan tepungnya yang rangup. Dua biji telur suku masak. Sebiji krim puff yang tak dapat aku habiskan.

DSCN9719

Tisu..

DSCN9721

Sebelum menikmati hidangan..bergambar dulu.

DSCN9723

Kegemaran aku..telur. Aku adalah hantu telur. Mengaku plak tu ‘hantu’.

DSCN9724

Cantik plak bekas ni.

DSCN9725

Owh baru perasan ada ikan dowry celup tepung. Mesti cuba ni. Keras sikit la sebab terlampau tebal salutan serbuk roti sampai dah tak rasa ikan.

DSCN9726

Selepas sarapan, jam 9.30 pagi berkumpul untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya mengikut ittenary. Jalan-jalan sambil tengok cara orang vietnam. Satu family boleh naik satu motor tau.

DSCN9727

Penunggang motosikal memenuhi segenap ceruk jalanraya di bandar ini.

DSCN9728

Apartment.

DSCN9729

Penuh motor bawa barang.

DSCN9730

Kecik molek, comel-comel belaka orang vietnam ni. Lift hotel kat tempat diorang pun kecik  comel jugak. Meja makan, kerusi makan..bla bla…semua kecil.

DSCN9731

Dua orang kakak yang comel dan sporting.

DSCN9732

Aiii dua orang je bang..selalu 3 orang.

DSCN9734

Apa benda barang warna merah yang dibawa tu. Penuh nampak sepemeluk kiri dan kanan.

DSCN9735

Penjaja patung jalanan. Patung doraemon pun ada.

DSCN9736

Gambar motor lagi. Destinasi seterusnya…tungguuuuuuuuuuu….

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...