Pengikut

Khamis, 12 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam–Chu Chi Tunnel Part 3

 

DSCN9840

Seterunya ke bengkel membuat senjata.

DSCN9841

Mr. Chern kata, kalau nak turun..turunlaa. Kalau taknak turun..dok di atas saja. Semua bengkel, hospital, bilik mesyuarat semua kat bawah tanah. Penat nak turun naik tangga.

DSCN9844

Buat bom.

DSCN9845

Buat apa la dia tu ek. Kalau kat malaysia..sah sah buat keris.

DSCN9846

Pelbagai jenis, rupa dan saiz bom.

DSCN9847

Nampaknya beliau tengah tajamkan kayu buluh tu.

DSCN9848

Adeii apa ni..takde dalam memori otakku pula.

DSCN9849

Ini pun sama.

DSCN9850

Ke tempat menembak la plak kita ye.

DSCN9852

Asyik terkejut dengan tembakan je kitorang masa kat sini. Bau peluru menusuk-nusuk hidung.

DSCN9853

Kawasan sana tu la tempat menembak.

DSCN9854

Sila patuhi arahan ye.

DSCN9855

Tembak-menembak ni kitorang tak layan.

DSCN9856

Kitorang layan cuci mata dengan cenderamata.

DSCN9857

Lebih kurang Rm16.

DSCN9858

Cantiknya lukisan.

DSCN9859

Kotak eksesori ni aku beli satu.

DSCN9861

Lepas tu kitorang ke tempat demo makanan orang vietnam.

DSCN9862

Ala-ala kulit popia. Diperbuat dari tepung beras. Dituang atas kuali leper dan nipiskan.

DSCN9863

Angkat dan disejukkan atas benda ni.

DSCN9864

Dimakan dengan sayur. SAyur dibungkus dengan kulit ni.

DSCN9865

Kulit yang diangkat dari atas kuali.

DSCN9866

Dan diletakkan di atas rak tu..wihiiiiiiii aku tak tau benda apa tu.

DSCN9867

Antara makanan yang dipamer dan dijual disini. Cashew nut cracker.

DSCN9869

Aku agak ni mesti bahan rencah untuk masukkan dalam kuih popiah tadi. Pandai-pandai je mengagak,kan?

DSCN9872

Ini markas/terowong simpan bahan makanan ni. Sorang ada dibawah.

DSCN9874

SOrang di atas untuk menaikkan bahan makanan. Proses ni dibuat pada waktu malam dalam keadaan senyap supaya tidak disedari oleh musuh.

DSCN9877

Ini tempat apa ntah..tak turun pun tangkap gambar dari atas je. oh ya..tempat jahit uniform tentera.

DSCN9878

Mr. Chern dan kasut getah gergasi.

DSCN9879

Ini bengkel demostrasi membuat kasut getah untuk tentera vietnam.

DSCN9880

Alahai kiutnya selipar tu.

DSCN9883

Selepas tu kami dibawa ke tempat lain pula untuk menikmati teh cina campur halia yang tawaaaaarrr..

DSCN9884

berserta ubi kayu rebus..

DSCN9885

dan dicicah dengan kacang tumbuk bersama gula. Habis angin satu badan aku makan benda-benda ni semua. Tapi pandai diorang, sediakan teh halia.

 

DSCN9889

Kami diperkenalkan makanan mereka pada zaman perang dulu.

Bila diberi penerangan tentang itu, salah seorang ahli rombongan menjawab negara kita pun makan ubi kayu rebus juga masa zaman penjajahan jepun dulu.

DSCN9737

Luas sungguh tempat ni..aduiii aku sangat penat. Paha sudah sakit banyak berjalan.

DSCN9794

Pengalaman yang tak dapat aku lupakan sebab cuba masuk dalam terowong bawah tanah sekali. Memang gelap, sempit, panas, berbau dan ada sesetengan laluan terpaksa berjalan macam sedang ruku’. Takdela aku tangkap gambar dalam tunnel tu sebab aku tengah panik. Rasa nak cepat keluar, rasa cam pucat lemas je dok dalam terowong yang sempit tu. Ingatkan jauh, tapi tak jauh sangat untuk pelancong…sebab ingin mencuba je,kan..

2 ulasan:

Mami DindaBella berkata...

macam mahal je kotak aksesori tu banyak 000 belakang dia..

nampak sangat kebulornya ubi rebus pun berebut2 nak ambik..

Bila Hati Azwani Berbicara berkata...

memang tengah kebuluran tu beb..waktu tengahari dah plus kepenatan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...