Pengikut

Ahad, 8 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam–Lan Lan Hotel

 

DSCN9640

Masa untuk check in setelah lebih kurang 20 hingga 30 minit perjalanan dari airport ke Lan Lan Hotel.

DSCN9643

Walaupun dari luar bangunan hotelnya nampak biasa-biasa je. Bangunan hotel yang berkongsi dengan lot-lot kedai yang lain tapi dalam biliknya memang nampak mewah. Aku kagum sebab hotel sini ada tv Panasonic Flat skrin tertepek di dinding. Bukan apa..kat malaysia pun hotel 4, 5 bintang pun masih pakai tv kotak lagi.

DSCN9644

Malam pertama tido kat sini pun lena takde la terkebil-kebil. Penat mungkin.

DSCN9647

Lepas check in kami keluar untuk makan tengahari. Tak sangka kat Vietnam pun boleh jumpa lauk ala-ala masakan kat Malaysia.

DSCN9648

Cuma nasi tu beras vietnam. Ala-ala pulut la sikit nasinya. Mulanya agak kurenggggg sikit ngan selera aku tapi aku ni jarang menolak makanan. Makan ajelah asalkan perut tak lapar.

DSCN9649

Lauknya kari kepala ikan mamak..eh kari ala-ala kari mamak. Marvelessssss sedap cuma aku tak tahan sikit karinya pedas. Aku ambik lauk aje dan ambik kuah sup. Lauk dalam mangkuk tu sup sayur campur dan ayam serta sayur goreng campur seafood. Telur dadar juga tak dilupakan sebab itu juga adalah sumber makanan halal di sini..wiwikiii..

DSCN9650

Dessert kami adalah bubur. Bubur apa ek..yang aku nampak ada sagu. Yang kuning aku tak pasti apa..nak kata jagung tak rasa cam jagung dan yang aku rasa adalah rasa durian sikit. Campur durian kot sikit. Anggaplah ia ‘bubur’ saja sebab aku tak tau bubur apa tapi yang pasti ai sedap.

DSCN9651

Makan macam orang kebuluran kami makan maklumlah sebenarnya makan tengahari dah lewat. Kalau kat sana jam 2.00 petang, waktu kat Malaysia dah pukul 3.00 petang. Opkoslah perut sangat lapar sebab perut masih ikut waktu kat malaysia…

DSCN9652

Bila dah siap makan baru boleh mengadap muka kawan-kawan sambil bersuai kenal. Kalau tidak tekun je mengadap makanan.

DSCN9654

Perkenalkan Kak Jahhhhhh..kawan sepejabat dan kawan sebilik di Vietnam. 

DSCN9655

Ni la tempat kami makan tadi. Kat masjid. Sebanarnya ada restoren makanan islam kat sebelah tu tapi restoren tu tengah renovate. Jadi kami ditumpangkan makan kat beranda masjid.

DSCN9656

Selepas makan tengahari perjalanan di bumi Ho Chi Minh diteruskan. Kemana..tungguuuuu. Sambil menuju ke destinasi..aku snap je apa yang ada sepanjang perjalanan tu. Penjaja pisang!

 

DSCN9657

Persimpangan lampu isyarat. Motosikal dan kereta kat sini masuk keluar jalan dengan sesuka hati. Kagum..ek..kagum? Kagum sebab nampak caca merba tapi eksiden takde berlaku. Masing-masing faham.

DSCN9658

Ribuan motosikal di jalanraya.

DSCN9659

Kedai-kedai motosikal bersepah disini oppsss banyak kedai motosikal disini.

DSCN9660

Penjaja makanan lagi.

DSCN9664

Topi keledar yang dijual kat sini sangat comel, unik dan menarik. Kat Malaysia takleh pakai topi ni, pakai buat naik basikal bolehlah.

DSCN9665

Takut tengok kabel elektrik kat sini berselirat urat. iskkk..Urat pulak yang dikaitkan.

DSCN9668

Aihhh hujan pulak. Bila hhujan ni rata-rata bersusun penunggang motosikal berhenti untuk sarungkan baju hujan. Baju hujannya pun lain dari tempat kita yang ala-ala jubah atau berbaju atau seluar.

DSCN9669

Kat sini baju hujan ala-ala khemah 3 segi. Boleh tutup dengan orang kat depan atau kat belakang

DSCN9670

Snap gambar lagi. Tak pasti kawasan apa..mungkin kawasan istana kot yang berpagar ni. Pandai-pandai je agak. Oleh kerana hujan lebat maka takde la berhenti cuma jalan-jalan keliling bandar dengan ‘coster’ jela.

DSCN9671

Ini apa ek. Apa pun tak boleh…masa travel guide terangkan kat depan sibuk dok layan ketik kamera. Lagipun suara guide tu terangkan tanpa microfon dalam hujan tu macam dengar tak dengar je sampai ke belakang.

DSCN9672

Hujan yang turun bagaikan mutiara. Masih ralit memerhati cara hidup penduduk di sini.

DSCN9673

Ini mungkin muzium. Agak je…hahahaa..

DSCN9674

Layan je la ambar butiran hujan ni.

DSCN9675

Bila hujan, peniaga baju hujan akan buka payung di tepi jalan. Jadi, para penunggang yan kehujanan bolehlah berhenti beli baju hujn. Masyukkkkk..

DSCN9676

Phewitttttt 3 orang tu naik satu motor. Maklumlah..badan kecik molek bolehlah demo naik 3 orang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...