Pengikut

Ahad, 8 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam–Saigon Square

 

DSCN9645

Sebelum ke Vietnam aku tukar sikit je duit Vietnam Dong. Tukar duit USD sikit. Niat di hati taknak la beli barang banyak-banyak kononnya nak berbelanja berhemah. Bawak ringgit malaysia sikit. Total semua adalah dalam RM1500.

DSCN9677

Sambungan dari entry sebelum ni. Dalam hujan lebat tu tak dapatlah kami ke tempat-tempat bersejarah kat vietnam mengikut itternary. Jadi kami dibawa ke tempat membeli belah Saigon Square. Dalam hujan lebat kami terpaksa melintas jalan dengan keadaan kenderaan yang tak pernah putus. Tapi redah juga dalam ketakutan tu, kalau tak kuyup la kami. Tapi sebenarnya masa kenderaan tak putus tu, lintas buat donno dan lenggang kangkung pun boleh je sebab diorang akan berhenti bagi laluan pada kita. OOOoo baru ku tauuuuuuu..

DSCN9678

Mula-mula masuk dah mabuk. Maklumlah baru jumpa kedai di Vietnam. Baju-bajunya cantik. Semua rasa macam nak capai. Sebenarnya aku belum kenal lagi karenah peniaga di Vietnam (walaupun pernah baca di blog tapi belum melaluinya) serta tak pandai lagi nak menawar barangan. Aku ingat 100,000 dong tu dah murah. Jadi bila nak tawar tu mesti mintak genap-genap nak harga 100,000 dong aje. Maklumlah masa tukar duit dong, dapat semua not 100,000 dong je. 100,000 dong bersamaan dengan RM16.50.

DSCN9681

Lalu kat tempat jual kopi plak. Melalui blog-blog yang aku baca, kopi vietnam ni memang terkenal dan sedap. Terkena marah juga aku dengan peniaga-peniaga kat sini yang garang satu macam. Yang perempuan kat atas tu, bila aku tunjuk banyak-banyak jenis kopi nak tengok terus moncong nak marah.

Lagi satu aku terkena dengan peniaga yang menjual beg kulit. AKu ni memang nak beli purse tu dan tawar sehabis baik punya nak dapat rega murah dengan harga yang aku nak. Dia letak dalam 550,000 dong kalau tak silap. Aku minta kurang 300,000 sebab aku pernah baca diorang ni letak harga gila babas punya mahal. Kena guna kepakaran kita la utk tawar agar dapat murah.Tapi masa nak tawar pun dah rasa macam berurusniaga dengan singa lapar.

Tapi perempuan tu tak bagi harga yang aku nak, aku nak blah la. Pastu boleh pulak dia marah aku kuat-kuat sampai semua orang keliling pandang aku. Dia kata aku ni dah banyak tengok beg dia pastu taknak beli plak. Ciss tengok je bukan luak pun. Kuat sangat suara dia sampai malu aku. Aku tak jadi pegi, aku tawar lagi alang-alang dah malu tu. Memang aku dah takut dah masa tu. Hampir nak dekat setengah 20 minit jugak la kat situ kot. Nak lari tak boleh sebab dia paksa aku beli, aku tak nak beli sebab dia tak bagi harga aku nak. Baru nak melangkah setapak dah mula dia membebel lagi. Puas bergaduh kat situ, aKhirnya dia bagi juga harga aku nak walaupun dia marah dan aku masih menggeletar lutut. Takut tapi buat-buat relax..haha.

Ok itu cerita masa aku tak kenal lagi perangai peniaga kat sini yang macam gengster. Sekali pegang barang dia tapi tak mau beli, habislah. Dia pegang, tarik beg korang sampai korang  ambik barang dia.

 

DSCN9682

Kopi ni pun kena ambik juga sebab tengok muka jurujual tu dah kelat satu macam. Takpe la ambik jela memang nak beli pun cuma tak sangka akan beli pada hari pertama datang. Tang memilih perisa tu dah rambang mata, kena jeling lagi. CIsss…aku rasa sumua perasa aku nak. Tapi nak beli satu je. AKu beli kopi perisa Mokka. Kopi dari musang dan tupai pun ada tapi kalau beli nanti ada yang berani nak minum ke?

DSCN9685

Malam tu kami makan malam di Kedai Samsudin Halal Food. Pengusaha restoren ni adalah masyarakat Melayu Champa.

DSCN9686

Bila restoren muslim mesti tersorok-sorok kat belakang. Kami terpaksa melalu laluan tempat letak motor. Sebelah dengan tempat parking motor ni restoren yang kami tak boleh makan.

DSCN9687

Menu malam ni pun menaikkan selera aku juga. Ikan goreng berlada. Ikan gorengnya sedap sangat sebab digoreng garing. Telur dadar..semestinya!

DSCN9688

Kari ayam dan sambal. Kari ayam manis plak dah. Ermm aku yang orang kelantan ni pun takleh makan karinya. Ambik lauk jela.

DSCN9690

Zoom dekat..ikan goreng. Sedapnya. Masih teringat-ingat lagi kerangupannya.

DSCN9692

Peace sebelum makan..

DSCN9693

Menunggu satu lagi hidangan yang belum sampai.

DSCN9695

Bukan tisu biasa..tapi wet tissue.

DSCN9696

Mula makan..cedok kuah sup masuk mangkuk dulu.

DSCN9697

Tak sangka kat vietnam ni aku boleh makan kuih talam ubi yang sangat sedap. Rasa mau tambah lagi. Tapi takde la tambah. Meja lain dari group kami ada tambah. 55,000 dong satu pinggan.

DSCN9699

Lepas makan malam tanpa naik ke bilik kami redah hujan renyai-renyai ke pasar malam. Takde la jauh sangat dari hotel.

DSCN9701

Walaupun hujan ku redahi juga oleh kerana aura shopping punya pasal.

DSCN9702

Segala benda mak nenek kami sopim tu takyah la tunjukkan lagi ek..nanti ada yang kata riak plak. Bila dah basi entry akhir boleh tunjuk..haha. Masa on d way balik tu, kami cuci mata tengok penjual-penjual buah yang benderet di tepi jalan. Buah-buahnya cantik dan gumukss gumukss. Terliur dibuatnya. Yang hijau tu buah nono, baru aku tau itu buah nona, lembik-lembik je buahnya cuma belum pernah rasa.

DSCN9703

Yang ni avocado kot. Besar-besar  buahnya. ‘Kot’ tu sebab aku tak pasti sebab tak pernah plak jumpa avocado yang gedabak besar kat market di malaysia. Aku tanya pakcik yang jaga tu dia boleh buat donno je. Ermmm dia tak paham kot.

Balik ke hotel aku telah panadol terus sebab takut esok terus demam. Maklumlah dari petang ke malam kena hujan. Ada 4 hari lagi sebelum balik. Kalau demam habislah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...