Pengikut

Sabtu, 7 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam–Terminal

 

Pada 29 Jun hingga 3 Julai lepas aku mengikuti rombongan puspanita untuk lawatan ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Seramai lebih kurang 25 orang mengikuti rombongan ini atas perbelanjaan ditanggung sendiri.

DSCN9611

Masa Check in buggage sempat lagi posing.

DSCN9613

Pose dalam kapal terbang. Phewittt wajah tanpa bedak dan lipstip..berminyak!

DSCN9614

Gambar dari atas awan. Cantiknya!

DSCN9615

Sudah pukul 10.00 pagi..kebuluran aku sebab belum bersarapan. Mujurlah makanan disediakan oleh travel agent. Maksudnya tiket kami ‘add on’ makanan. Keciknya air mineral. Kali pertama aku tengok air mineral sekecil itu.

DSCN9616

Nasi Lemak  Sambal Ikan bilis dan Rendang Ayam.. Sedap!

DSCN9617DSCN9618

Pemandangan dari atas bumi Vietnam. Berselirat sungai. Sungai Mekong agaknya tu, sungai yang terpanjang di dunia.

DSCN9624

Perghh memang padat Bandar Ho chi Minh ni. Harga rumah pun mahal. Mengikut kata trvel guide kami. Kebanyakkan apartment yang dibina utk dijual tak laku sebab terlampau mahal. Lebih kurang 200, 000USD. Apartment yang ditunjukkan 2,3 kawasan tu memang cantik la. Mengikut kata travel guide mereka berkerja seumur hidup hanya untuk membayar sebuah apartment yang kecil.

 

DSCN9625

TanSonNhat International Airport. Terminal di Ho Chi Minh City yang dulu dikenali sebagai Saigon. Hanoi ibu negara Vietnam. Ho Chi Minh City ni mungkin ala-ala Pulau Pinang kot yang mempunyai International Airport.

 

DSCN9628

Perjalanan dari airport ke hotel untuk check in. Kejutan budaya kejap aku ni. Bersimpang siur kenderaan di jalanan tanpa peraturan. Naik pening sikit. Kalau aku yang memandu kat sini maunya pengsan. Macam takde peraturan pula. Boleh main masuk, boleh main keluar dari jalan walau kereta tengah laju. Lampu isyarat? Kirim salam.

DSCN9629

Tengok ni kereta yang buat U-turn, bas terpaksa berhenti tengah-tengah jalan untuk bagi laluan kat dia. Tapi kat sini takde gaduh-gaduh plak kau ambik jalan aku ke apa. Sama-sama saling memahami.

DSCN9631

Dan jalanraya kat sini dipenuhi dengan jutaan motor. Majoriti kat sini hanya mampu membeli motor agaknya. Kereta tu mungkin untuk yang sangat sangat sangat kaya sahaja. Walaupun eksekutif bersut dan berkot bagai hanya memakai motor. Tapi dia punya cantik la sikit dari pekerja-pekerja biasa.

DSCN9636

Melalui jalan ni aku nampak berderet-deret kedai yang menjual peti besi. Uihh simpan apa dalam peti besi ni tuan/puan? Banyak duit…

DSCN9637

Warung tepi jalan. Setiap jalan mesti ada penjual yang menjual makanan macamni di tepi-tepi bangunan. Kalau kat Malaysia, sahih dah kena halau dengan penguatkuasa.

DSCN9638

Penjaja tepi-tepi jalan yang menjual buah-buahan. 

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...