Pengikut

Ahad, 22 Julai 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam–Vung Tau City.

 

Hari ni hari kedua berpuasa. Nak balik kampung sorang pun asyik tertunda aje mengenangkan tak sampai hati nak tinggalkan cik abe sorang berbuka kat umah ni..chewaaahh..

Waktu sekarang tengah sibuk memikirkan juadah untuk berbuka puasa nanti. Memanglah awal lagi..tapi kena la buat persediaan jugak. Takkan dah sampai waktu berbuka baru nak fikir. Hancoss…takkan la masa tu baru nak keluarkan ayam/daging/ikan yang tengah beku dalam freezer tu.

Nantilah jap lagi nak belek-belek majalah resepi. Amboiiii beresepi bagai padahal nak masak nasi lemak je untuk berbuka petang ni. Hahaaa..

Aku kena habiskan assigment trip ke Vietnam hari tu. Agak semput jugak ni..tapi misi kena laksanakan jugak.

Baru trip hari kedua..aku rasa dah berentry-entry aku ceritakan tapi masih di hari kedua. Oklah lepas melawat chu chi tunnel yang luas tu, kami menempuh perjalanan yang jauh untuk ke Bandar Vung Tau. Hari kedua adalah hari yang amat memenatkan aku sepanjang 5 hari di Ho Chi Minh City. Nak tau kena rujuk la entry-entry sebelum ni di sini, di sini dan di sini.

Perjalananan mengambil masa selama 2 jam. Highway ke sana masih belum siap sepenuhnya, jadi pemanduan lebih kurang 50-60KM/jam la rasanya. Amat perlahan tapi ada peluang jugalah melihat pemandangan sekeliling.

DSCN9931

Terowong yang aku lupa terowong apa. Kami diberitahu dan sefaham aku, terowong ni dibina di atas Sungai Mekong. Jadi terowong ni melalui atas sungai mekong la.

DSCN9935

Tepi jalanraya

DSCN9936

Yang kat atas tu ada rupa muka manusia kalau tak silap aku temple..

DSCN9937

Macam pesta plak depan ni aku tengok. Mungkin temple jugak kot tengok pada rupa bentuk bangunan tu.

DSCN9938DSCN9939DSCN9940

Di pinggir-pinggir bandar Ho Chi Minh ni baru jumpa jentera berat berderet-deret tepi jalan.

DSCN9941

Tepi jalan, banyak dipamerkan patung-patung yang diukir.

DSCN9944DSCN9945DSCN9946DSCN9947

Lalu di mana-mana pun kat Vietnam ni mesti nampak sungai. Besar plak tu. Macam pelabuhan plak kat sungai-sungai ni walhal ‘sungai’ je bukan laut.

DSCN9948DSCN9949

Bulatan kat tengah-tengah jalanraya ni besar betul.

DSCN9950DSCN9951DSCN9952

Singgah sekejap kat satu restoren. Ala-ala macam R&R la kot sebab banyak bas berhenti tapi rupannya cam restoren la. Kat dalam tu juga ada disediakan bilik air yang banyak. Banyak jugak produk-produk dari vietnam dijual kat situ.

DSCN9956

Ambik gambar bersama buah-buahan. Bukannya takde buah ni kat Malaysia. Saje..kenangan dengan buah made in Vietnam..hahaha. Terliur plak tengok posa-posa ni.

DSCN9957

Dragon Fruit. Rupanya orang vietnam ni tak tau apa dragon fruit. Diorang tak panggil dragon fruit kat sini. Jenuh nak terangkan masa nak order, siap kena tunjuk lagi. Nak tunjuk masa buka peti ais diorang tak bagi.

DSCN9958

Manis tau buah-buahan kat sini. Semua tau..nenas, ciku, jambu, tembikai,mangga..laici, longan. Perlukah aku sebut satu-satu..? Aku beli buah naga tu tawar plak. Satu bekas 80,000 dong. Bila dah convert duit Malaysia, dalam RM7 lebih jugak la..cisss. Baik beli yang kilo-kilo kat pasar lagi murah.

DSCN9964

Kami sampai di Vung Tau City dah malam dan perut sangat lapar. Air kat atas tu nampak sangat menyelerakan.

DSCN9969

Masa tuang tu memang la tak hengat. Tapi bila teguk..urkkk. Tawar vs payau. Teh dia la tu.

DSCN9972

Kami makan di seafood restaurant di tepi laut. Memadangkan dah malam, takde la kami nampak laut. Restoren ni boleh dikatakan restoren mewah jugaklah kat sini.

DSCN9973

Udang. Lemah betul aku tengok makanan kat sini. Semuanya berselirat dengan sayur dan bawang.

DSCN9979

Telur dadar. Telur lagiiiii…eh takpe aku suka telur.

DSCN9980

Cepatlah ceduk nasi..dah lapar ni.

DSCN9981

Walaupun lauk belum habis dihidangkan. Kami makan dulu..lapar.

DSCN9984

Ingat ni sangat sedap. Isinya lembut. Ikan tuna kot. Masak ala sweet sour.

 

DSCN9991

Pinggan makan ku.

DSCN9995

Ada udang, ada sotong, kepah tapi tu laa.. semua berselirat dengan sayur.

DSCN9997

aumm .. awummm..baru tiba..

DSCN9998

Steamboat..

DSCN0005

Kenyang..sangat puas hati.

DSCN0011DSCN0012

Bila dah siap makan, kami tunggu la kat depan restoren sambil tunggu bas masuk. Kami keliling kolam simpan seafood segar. erkk ada ular laut. Owhh..ular laut pun seafood bagi diorang jugak ye. Tapi selalu gak tengok dalam rancangan kat astro tu, orang sini sume diorang makan, darah ular pun sebagai tonik.

DSCN0007

Oleh kerana hujan, kena tunggu bas hingga ke tangga la baru kami naik.

DSCN0019

Setelah makan, kami di bawa ke Petrosetco Hotel untuk berehat.

DSCN0021

Kami juga diberi ‘welcome drink’ sambil menunggu kunci.

DSCN0024DSCN0026DSCN0027DSCN0028DSCN0033

Bilik yang kami menginap pada malam tersebut. Takdela luas sangat, nak solat pun terpaksa kecik-kecikkan badan, alihkan kerusi. Pastu tidur tak sedar sampai ke pagi sebab penat sangat.

DSCN0030

Kami kat hotel ni cuma satu malam saja. Lepas sarapan esok kena check out untuk ke destinasi seterusnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...