Pengikut

Selasa, 24 Julai 2012

Menu Iftar ke-3 dan 4

 

 

DSCN0695

Tekak tiba-tiba teringin nak makan lontong. Walaupun makanan ni bukan dari negeri kami suami isteri..bila tekak teringin layankan aje.

DSCN0696

Sayur lodeh. Aku rasa sikit-sikit je setiap jenis sayur aku letak. Bila siap mak aiiiiii satu periuk besar. Jenuh nak perabihkan. Akhirnya lebihan sayur lodeh ni jadi santapan anjir penjaga pagar kat tempat suami aku pagi tadi…hehe..

DSCN0697

Sayur lodeh diregukan dengan sambal sotong rendam. Cilinya keringnya tak merah tapi pedasnya yang amatttt membuatkan kami terbatuk-batuk padahal dan campur ngan kuah lodeh dah tu.

DSCN0700

Pencuci mulutnya adalah puding caramel. Psttt kat kawasan aku ni susah betul nak cari ais ketul..dah 2 hari tak dapat cari air ketul. Inisiatifnya terpaksa buat ais sendiri tadi.

DSCN0701

Memangkan hari ni dah mula kerja..semalam aku cuti. Jadi aku masak biasa-biasa je..telur dadar aje pun. Yang penting masak sendiri.

DSCN0704

Dengan sup ayam campur lobak merah dan kubis.

DSCN0706

Serta daging masak kicap. Itupun dah tau nak cubit lauk mana nak makan.

DSCN0705

Ini plak cucur nasi himpit. Nasi himpit ni aku pakai lebih buat lontong semalam. Cucur nasi himpit ni lagi sedap dari cucur gandum biasa sebab ia lagi lembut.

 

Cucur nasi himpit.

  • 1 ketul nasi himpit (besar).
  • 1 biji telur rebus
  • Sedikit tepung gandum
  • segengam ikan bilis
  • 1 labu bawang merah – hiris halus
  • 1 tangkai cili merah/hijau
  • 3 tangkai cili padi.

 

Cara-cara.

  • Nasi himpit dipotong kecil. Di kisar dengan telur rebus.
  • Masukkan dalam bekas, campurkan tepung gandum. Kalau kurang air, boleh tambah air. Masukkan semua bahan-bahan lain. Kacau rata sampai jadi macam bancuhan cucur gandum biasa.
  • Goreng dalam kuali panas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...