Pengikut

Isnin, 23 Julai 2012

Onde-Onde Iftar ke-2

 

DSCN0692

Dah hari ketiga dah kita berpuasa. Setakat puasa hari ketiga ni takde la lagi panaskan lauk semalam untuk bersahur. Masih rajin lagi bangun masak. Ada orang yang nak makan, ok je aku. Kalau macam tahun lepas tu, bersahur sorang-sorang aku panaskan lauk berbuka yang malam tu punya jela.

Menu berbuka untuk hari kedua semalam. Nasi Arab dengan ayam bakar je. Simple. Pastu buat onde-onde jugak kebetulah ada sepeket tepung beras pulut yang Ma bawak dari kampung masa datang sini hari tu.

Resepi Onde-onde ;mesti ada yang kata eleh resepi ini pun nak letak resepi jugak ke kat sini  ke? Haha.. Semua orang tau buatlah. Eh Tolong sikit ye..aku letak sini utk rujukan AKU sendiri di kemudian hari, maklumlah kali pertama buat dan juga kepada sesiapa yang memerlukan.

Bahan-bahan;

  • 1/2 paket tepung beras pulut.
  • Daun pandan + air – Blend. (tapi aku pakai shortcut punya sbb takde daun pandan, beberapa titis esen pandan dan pewarna hijau)
  • gula melaka – dadukan ikut saiz yang disukai. AKu dadukan besar-besar biar puas masa makan.
  • Kelapa muda parut/kelapa putih parut + sedikit garam.

Cara-cara.

  • Panaskan air atas dapur.
  • Gaul tepung beras pulut dengan air dan pewarna hijau+esen pandan (aku pakai yang tu, aku tulis yang tu) sampai jadi doh.
  • Bulat-bulatkan sebesar ibu jari dan masukkan gula melaka dadu.
  • Bila air mendidih, masukkan gentelan doh ke dalam air mendidih.
  • Bila dah timbul ke permukaan periuk, kauplah dengan penapis besi.
  • Letak dalam kelapa parut, goncang-goncang bagi rata kelapa dan masukkan dalam pinggan.

DSCN0693

Nasi arab buat sendiri je.

DSCN0694

Kuih Takoyaki beli kat bazar ramadan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...