Pengikut

Jumaat, 31 Ogos 2012

Ho Chi Minh City, Vietnam-Petrosetco Hotel (Vung Tau)

 

lama meninggalkan cerita mengenai Vietnam ni. Entry terakhir masa kat sini bilasampai di Bandar Vung Tau.

Oleh sebab dah lama, aku dah ingat-ingat lupa dah tentang perjalanan trip ini. Itulah pentingnya aku update terus kat blog. Kalau dah malas takleh nak buat apa dah.

DSCN0037

Oleh kerana check in dah malam, jadi tak nampak la suasana di sekitar hotel. Ini pandangan dari bilik aku. Bangunan je penuh sekeliling.

petrosetco

Bergambar depan lobo hotel sebelum sarapan pagi. Oleh kerana jam kat sana lewat sejam dari Malaysia. Segala-segalanya lambat la bagi kita. Ingatkan turun boleh terus sarapan, rupanya belum siap lagi.

DSCN0042

Jadi kitorang penuhkan masa dengan bergambar beramai-ramai dengan kawan-kawan atas pertolongan cik abang kat kaunter.

DSCN0043

Dia yang agak peramah (walaupun tak dapat berkomunikasi dengan sempurna..ahakss) menawarkan diri untuk mengambil gambar.

DSCN0044

Oh mungkin gmbar ni kabur tapi aku suka gambar ni sebab gaya pose.

DSCN0059

Oklah jom sarapan!

DSCN0060

Tempat kami kat bahagian buah-buahan, kuih dan roti jela ye. Berkelip-kelip jela tengok kat tempat yang kami tak boleh makan yang menunya lagi..wooowww..sedap!

DSCN0061

Nak ambil roti pun kena tengok gak, jangan ambil plak roti yang berinti atau bersosej.

DSCN0062

Menu utama yang aku tak boleh tinggal. Sumber protin yang halal.

DSCN0063

Pinggan makan kami berempat.

DSCN0065

Kuih yang kat atas roti sedap oiii..lebih kurang ada juga rasa macam kuih kat Malaysia.

DSCN0068

Lepas sarapan aku bergambar lagi depan hotel. Janji keluar ke tempat seterusnya jam 9.00pagi. Waktu Malaysia pukul 10.00. Lambatnya..sebab aturan diri masih ikut waktu malaysia. Terasa lama sangat masa dibazirkan.

DSCN0069

Alamat hotel ni..hehe..aku pun tak boleh baca.

DSCN0070

Deretan kedai di depan hotel.

DSCN0071

Rumah kedai ni cantiklah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...