Pengikut

Sabtu, 4 Ogos 2012

Puding kastard jagung

Hari ni buat puding kastard jagung untuk berbuka. Malas nak buat kuih tapi memandangkan buat kuih ni senang dan kegemaran suami..merajinkan diri jugaklah walaupun mula buat pun dah pukul 4. Utk puding yang perlu dimakan sejuk, agak lewat dah tu.

Resepi kali ni aku rujuk resepi dari majalah saji bulan lepas. Tapi aku dah ubah sikit dari kuantiti bahan agar tidak ditinggalkan membazir.

Bahan-bahan,

600 ml air
1 tin susu cair
2 sudu besar kastard
1 tin jagung manis
230 gm gula

Cara2

Kacau kastard dan air hingga sebati.
Kemudian masukkan susu cair, gula. Masak atas api hingga gula cair pastu madukkan jagung manis. Masak lagi hingga adunan likat.
Masukkan  dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...