Pengikut

Sabtu, 4 Ogos 2012

Sup daging tetel

Tadi masak sup daging tetel. Waduhhhh sedapnya sup daging tetel ni dari sup daging biasa. Mugkin sebab campur segala jenis daging dan ada lemak sikit - sikit tu yang jagi sedap.

Tapi dsging tetel ni kat pasar borong selangor campurannya takde la mengarut sangat. Masih banyak daging, urat dan lelemak tu sikit je. Jadi puas hati jgk la macam beli daginn harga murah..haha..

Bahan-bahan utk sup;

1/2 kilo dagjng tetel
Sebiji bawang merah besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar biji ketumbar - tumbuk
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil sedbuk jintanputih
Rempah 4 beradik [ bunga lawang, kulit kayu manis, bla..bla]
Secubit serbuk lada hitam
Beberapa biji cili padi
Satu biji limau kasturi
Gula dan serbuk perasa
2 biji kentang [ potong kecil]

Cara-cara;

Rebus daging tetel hingga separuh empuk.

Dalamckuali lain, tumis rempah 4 beradik hingga wangi. Kemudian masukan halia, bawang merah dan bawng putih yang ditumbuk. Tumis hingga wangi. Kemudian masukkan biji ketumbar tumbuk, serbuk jintanmanis, serbuk jintan putih, secubit serbuk lada hitam.

Masukkan bahan tumis dan kentang dalam periuk daging tetel. Rebus lagi dengan api perlahan hingga daging empuk dan masak.

Tutup api dan masukkan cili api potong dan perahkan air limau kasturi. Takde la muak sangat kalau daging tetel kita banyak lemak.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...