Pengikut

Sabtu, 17 Ogos 2013

sama tapi tak serupa


Nampak sama dari segi warna dan saiz botol..dok sebelah sebelah lak tu..

Aku nak tergelak sungguh pagi tadi. Suami aku bersiap nak g kerja..kononya nak sapu minyak zaitun kat kepala..tapi dia ambik antibac hand sanitizer sapu kat rambut dia.

Aku mulanya tak tahu apa..tapi bila tgk dia dok bebel2 sambil sapu dan lap rambut ngan tuala..faham la aku..salah ambil botol rupanya..

Nak tergelak sungguh tadi masa tu tengah gigit ketam bercili..nasib baik aku selamat tak tertelan kulit ketam..

Jumaat, 16 Ogos 2013

dunia blog dah hambar ke..

Dunia blogger semakin hambar aku rasa..dari berpuluh-puluh atau beratus blog yg aku follow secara sedar atau tak dulu..sekarang aku perasan..cuma beberapa blog aje yg dikemaskini setiap hari.

Aku juga mengalami benda yg sama juga dulu. Setahun blog aku tidur dan bersawang, tapi sekarang rajin jgk update.

Sekali bila dh update hari- hari ni, rindu plk nak blogwalking..tapi...tak ada..tak sampai 10 blog rasanya yang aku boleh baca setiap hari. Entry lain semua yg lama-lama..hmmmm..

Khamis, 15 Ogos 2013

aloe herbalife


Sekarang tengah minum teamix campur dengan aloe..yummiehhh.. tea rasa masam-masam. Tea herbalife dh ganti makanan kunyah2 saya sebelum ini sambil lepak tgh tv..

Kalau ada duit lebih teringin nak beli aloe ni utk abah. Abah x suka makan sayur, kurang minum air kosong. Selalu dengar ma cerita abah susah nak buang air besar. Dia ambik pil beli kat farmasi kalau susah nak membuang. Ingat nak bagi loe ni ganti pil tu 2 dalam 1..cuci usus dan senang membuang sekali.

AKu yg minum aloe tadi, dah lawas membuang lepas beberapa hari ni sembelit.

minum aloe bagi membuang..


Setelah hampir seminggu meninggalkan plan makanan kesihatan dan menguruskan badan sebab balik kampung dan makan tak hengat dunia sbb beraya..campur skali makan makanan yg teringin dek tekak yg ada di kampung aje..

Nasib baik masih mengamalkan teamix, tc formula lepas makan dan minum air kosong yg banyak..alhamdulillah..balik putrajaya,, timbang berat tadi..masih maintain berat..maknanya tak naik, tak turun masa sebelum raya ritu..

Pstt shake F1 mmg tinggal terus, tak sempat nak shake pun...sbb setiap meal time terisi dengan nasik..

Apa? Tak turun langsung walaupun ambik herbalife? tak kisahla..apa yg aku boleh harapkan utk turun berat dalam tempoh berhari raya kalau makan tak hengat dunia..

Sampai putrajaya pagi ni, terus minum aloe sbb tak bawa balik kampung hari tu, ada masalah membuang sikit..haha..


Ahad, 11 Ogos 2013

Raya ke 4 dah ke?

Pagi ni bangun pagi2 dah minum teamix herbalife dan shake siap2..

Takmo lagi terkantoi macam raya2 sbelum ni..pagi2 dah makan rendang ketupat..
Raya ketiga semalam siap berlontong, berlaksa siam dah ber bbq bagai tauuuuu...

Shake awal2 bukan apa..nak simpan perug utk kenduri tengahari ni..ikut ma la g kenduri..rindu gulai kawah kelantan.

Sebenarnya bau sarapan pagi kat meja tu menusuk-nusuk hidung, sabarlah wahai hati..tengahari nanti kita makan gulai kenduri ye...


Jumaat, 9 Ogos 2013

cerita 2 syawal



Raya kedua duduk kat rumah aje..plan nak keluar pun tergendala..ramai yang call nak datang beraya. Jadi kita tunggj je tetamu datang..sampailah maghrib baru tetamu balik.

Lagipun..raya kedua, traffik sangat sesak! Kereta orang keluar beraya disana sini..itu x masuk lagi esok..dah mula orang buat kenduri kahwin.

Jadi dok rumah lepak, tengok tv..pastu ulang makan..oh myyyy! Dasyat brtul kuasa makan di hari raya..

Mujurlah diperkenalkan dengan herbalife..berbotol-botol ulang minum teamix utk detox serta telan TC formula.

Utk rekod, hari ni tak shake..makan rendang, lemang, ketupat, sate, biskut raya dan kek...

Khamis, 8 Ogos 2013

Raya dan berpuasa dengan herbalife

Selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir dan batin.

Baru sampai kampung maghrib tadi pada 1 syawal. Gedik pong ambk tiket petang, ingat dptla raya ngan suami sekejap..mmg dapat pun sekejap..mmg sekejap la sebelum dia kuar g kerja pagi tadi. Yang selebihnya aku lepak kat airport. Untuk makluman suamiku x dapat cuti tahun ini, jadi aku balik sofang2 la.

Untuk pertama kalinya juga aku berpuasa dengan herbalife. Terbaikkk..bertenaga dan dapat bertahan ke petang tak rasa nak makan dengan syarat..minum aloe, teamix dan shake serta air kosong secukupnya..aku tambah tc formula lagi..confirm tak ingat sedang berpuasa.

Sebenarnya aku dh ambik herbalife ni dari bulan januari tahun lepas. Target nak kurangkan berat sebab dh tahap obesiti.

Alhamdulillah..walaupun lambat penurunan, setakat ini aku dh berjaya buang 15kg berat aku. Lagi 10-12 kg lagi nak buang. Biar sikit sikit, lama jadi bukit lemak dibuang. Diet tanpa rasa lapar dan stress..dlm tak sedar, berat turun. Aku cuma target 2 kg je sebulan untuk turunkan berat. kalau lebih baguslah. Takmoooo stress stresss...ok..

Ahad, 4 Ogos 2013

nasi ayam

Menu utk 26 ramadan..nasi ayam.

Sinki tersumbat..hangin sungguh!

Hari ahad..maintance pun cuti..

Jadi apa yg ada jela, takde la sos cili merah. Mujur gak ada lebih sambal iicap utk sup hari tu. Apa yg ada jela..malas nak bazirkan bekas sbb takleh nak basuh.

Sakit hati...grrrr...

Sabtu, 3 Ogos 2013

setahun

assalamualaikum

Lamanya berehat dari berblog..setahun lamanya.

Nak cuba jpdate skkit-sikit kat blog ni dari masa ke semasa.

Apa-apa pun selamat berpuasa an selamat hari raya.
ramadan dah hampir sampai ke penghujjng..syawal bakal menjelma. Kawasan kuaters pun dah sunyi dan sepi. Dah ramai angkut beg balik kampung.

Kami..tak balik...tapi aku balik petang hari raya pertama. Tak dapat cuti suamiku tu..dh kerja kat tempat baru dia pun..

Sebenarnya banyak tertinggal dan berlaku sejak setahun yg lalu..dari semasa ke semasa boleh citer panjang lagi..

Bye,,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...