Pengikut

Rabu, 15 Oktober 2014

Sarapan di Warung Bunian

Hujung minggu yang lepas tercapai jgk hasrat nak makan di Warung Bunian. 2 kali pergi sana x dapat. Kali ni booked awal tu pun bila pegi nasi  lemak dah habis.

Aku cakap la dh tempah dulu. Dia usahakan jugak..yahoo..baiknya..dia offer nasi lemak ngan sambal udang galah..woeew...

Lepas makan terus bayar. Aku ambik nasi lemak pataya udang galah 2 pinggan, teh tarik 2 gelas dan roti canai sekeping.

Sangat terkejut harganya..cuma RM11.40 aje..murahnya..blh la pegi lagi.

Ahad, 12 Oktober 2014

Meatball dalam sos lada hitam

Semalam beli sepeket meatball jenama Ramly kat Ramly mart. Balik masuk freezer. Harini terpikir nak buat apa meatball tu..kalau grg makan nGAn sos cili tu macam tak kick plk. Sedap tu sedap tapi alaaa...kannn..

Pastu baru terinGAt  nak buat sos ala ala ikea gituu..

Aktiviti search google..dapatla resepi..cut, combine dgn citarasa sendiri dan bahan yg ada kat dapur je.

Setengah paket meatball- ketepikan.

Sos:
1) panas minyak dan mentega

2) masukkan bawang kuning sebiji. -goreng je bagi naik bau.

3) masukkan 2 sudu besar tepung GAndun- goreng sampai perang.

4) masukkan stok daging 2 cawan. Anggaran. Sebab kalau kuah tu kering mmg kena tambah air lagi. Nak guna kiub lembu pun blh.

5) masukkan 3 sudu sos bbq heinz, kicap satu sudu besar, 1 sudu besar black pepper biji yg ditumbuk dan serbuk black pepper. Ikut citarasa sendiri la nak banyak mana. Msukkan garam.

*Resepi asal  guna sos tomato,sos tiram. Aku ganti sos bbq heinz tu.

6) kacau la..kalau kering tambah air. Masukkan meatball tu. Masak sekali harung ngan sos. Meatball kalau nak goreng pun blh. Ini cara senang dan pantas.

7) siap. Selamat mencuba

Selasa, 7 Oktober 2014

Ma dah semakin sihat

Alhamdulillah..Ma dah semakin sihat..selepas kena strok dan sampai raya haji ni dah banyak perubahan Ma. Dah boleh jalan sendiri dah cuma bila kawasan berbukit atau tangga kena la pimpin dia.

Tangan dia sebelah kiri aje yg belum blh guna.. In sha Allah..harap-harap la blh baik sikit demi sedikit seperti sediakala. Dah rindu masakan Ma.

Raya korban kali ni buat pertama kalinya aku melaksanakan ibadah korban. Niat dari raya korban tahun  lepas lagi sebelum disahkan mengandung. Bila dh mengadung ingat nak buat aqiqah..tapi semua ketentuan Tuhan aku gugur di kala usia kandungan 5 bulan. Jadi tahun ini niat korban ajela.

Ya Allah..aku memohon padaMu agar kau berikan dan murahkan lagi rezeki kepada kami. Kau kurniakan zuriat kepada kami suami isteri.

Rindu masa baby bergerak dalam rahim..

Ahad, 3 Ogos 2014

Dugaan bulan ramadan

::Entry tertunggak 1 Ramadan ::

Tahun ni pada 1 Ramadan aku dikejutkan dengan berita yang menyedihkan..

Pada petang sebelum berbuka aku dapat tahu yang mak aku kena strok. Ya Allah sangat terkejut..mak aku selama ni sihat segar walaupun dia ada darah tinggi dan kencing manis. Selama ni aku risaukan abah.

Hari ni dh masuk 4 hari di wad. Masa aku baru sampai dan jumpa ma..sedih sangat. Ma terus menangis bila nampak aku. Aku yang memang dh satu malam sedih masa balik ke sini dari putrajaya terus menangis sungguh-sungguh bila tengok ma yang terbaring lemah.

Tak tahu nak bagitau mcmna sbb selama ni ma sihat..jalannya laju. Dugaan utk kami di bulan ramadan pada tahun ni. Ada hikmah keguguran aku pada bulan januari lalu dengan kandungan 5 bulan.Due date aku awal ramadan ni. Kalau tak sapa yang mampu jaga aku..dan sapa mampu jaga ibuku.

Kedai Untuk Disewa

Kedai untuk disewa di Kampung Chicha, bersebelahan dengan Stesyen Minyak SHELL. Sebarang pertanyaan blh hubungi 019-9275029. Iklan bulan Ogos 2014.

Khamis, 26 Jun 2014

Mee Kuning

Malam ni merajinka diri buat mee kuning guna mesin Falcon. Kawan kat ofis nak. Kalau ikut permintaan mmg ramai yang nak tapi tulah aku bukan serius..buat apa apa pun sekadar suka suka je.

Ini pun dh beberapa kali orang nak tapi aku tak buat. Suami aku pun tak sokong sama. Dia tak bagi jual..kalau nak suruh la diorang beli kat kedai..banyak yang jual..huhu

Tapi tu la ingat komen kawan kawan dia kata mee kuning ni sedap tak sama macam kat kedai. Mana taknya mana ada aku letak kapur ke pewarna ke..warna original dari serbuk kunyit.

Mee ni kalau buat utk masakan berkuah lagi sedap..aku suka buat mee soto atau mee sup.

Tapi mesin ni sekali jalan dapat sekilo lebih je, tu yang malas nak ambik order. Bayangkan berapa round aku nak pusing mesin tu sbb sorang yang order pun dah sekilo.

Ok..bye!

Pasang Aircond

Selalu tertangguh nak pasang aircond ni..musim kemarau biasanya selalu boleh je bertahan dengan kipas. Tapi musim kemarau kali ni terlampau panas. Nak tak nak terpaksa la pasang aircond.

Adik beradik husband orang yang bisnes aircond..pasang dan servis aircond.

Jadi husband tanya la adik dia kalau ada aircond..adalah aircond secondhand..beli masa buat kerja kat rumah orang mana yg dah taknak.

Husband aku ckp cuma bayar harga aircond je..upah tak payah..adik beradik..oh jimat...terima kasih la...

Hari ni balik kerja..terkejut tgk bilik..aih banyak keja nak kena buat ni..mengemasss menyapu dan mengemop. banyak habuk berterabur.

Leceh jugak rasanya kerja pasang aircond ni. Dari tengahari tadi lagi ni. Seram je tgk dia memanjat nak pasang dari tingkat 7. Aihhh kalau bukan adik husband x taula apa rasanya. Takut tu ada ke x tgk adegan panjat memanjat ni dari luar tingkap.

macam tak tergamak la bagi buat keja free of charge..hmmm

kalau ada siapa-siapa nak pakai perkhidmata pasang dan servis aircond boleh contact nizam 01116441014

Rabu, 25 Jun 2014

Perantau Hill

Pernah makan tak kat restoren tu? Itu port kedai makan aku dan suami...selesa dan harga berpatutan..tak kurang juga makanan yg sedap.

Paling aku suka..tomyam!! Sangat sedap..kuah pekat dan zsssshhh pedashhhhh...

Sate willy pun ada..sedap..kalau datang sate mmg side menu aku kat situ..order 5 cucuk pun jadilah..asal dapat merasa..

restoren ni kat sungai merab, bangi..keluar ikut gate 1 putrajaya.

Ok..bye!

Kek Coklat moist anis

Dapat makan kek ni hari-hari sangatlah heaven..sedap sangatttt..

Kalau kak kedai ada jual kek coklat moist yg harganya rm10 dan saiz besar..sanggup beli yang jenama Anis ni lagi walaupun dapat sekali makan je..

Selasa, 24 Jun 2014

Nasi arab

Hari ni bawak member ofis yang nak kenal tempat Ayer@8 kat Presint 8 tu. Tempaynya area hospital bersalin berisiko rendah tu.

Aishh lalu situ teringat kenangan pernah bermalam kat situ 2 malam lepas keguguran 5 bulan, bulan januari lepas..aihh sedih ah..sampai sekarang takleh lupa anakku yang lahir tak cukup masa..

Ok sambung balik...kawasan tu tempat makan baru buka..ala ala macam kat presint diplomatik. Kedai makanan kelantan pun ada..tp macam restoren high class sikit kot..emm.Tadi pergi makan nasi arab kat kedai Almaeda.

Rasanya boleh la layan..nak kedai nasi arab yang dekat kat putrajaya ni bolehla makan situ..xyah nak gi ke cyberjaya. Kat situ takde tax pastu ada diskaun lagi. Cuma rasanya lite sikit tak macam saba'.


Isnin, 23 Jun 2014

Sambal hitam pahang

Tengahari ni balik makan nasi kat rumah. Hari ni rasa lapar sangat...pastu selera terbuka pada sambal hitam pahang gaul ngan nasi panas-panas. Kalau dah makan tu..tak mungkin lagi aku dapat makan sesenduk nasi. Mestu dua kali tambah dan setiap kali mesti lebih dari sesenduk.

Dulu x kenal pun sambal hitam ni. Bermula dari ikut rombongan puspanita jabatan ke pahang la. Dalam goodies ada sambal hitam ni. Sedap bangat..lagi-lagi kalau pedas..pasti terangkat. Takde lauk lain dah..nak lauk kering2 dan goreng2 je untuk lawan dengan sambal ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...