Pengikut

Khamis, 26 Jun 2014

Mee Kuning

Malam ni merajinka diri buat mee kuning guna mesin Falcon. Kawan kat ofis nak. Kalau ikut permintaan mmg ramai yang nak tapi tulah aku bukan serius..buat apa apa pun sekadar suka suka je.

Ini pun dh beberapa kali orang nak tapi aku tak buat. Suami aku pun tak sokong sama. Dia tak bagi jual..kalau nak suruh la diorang beli kat kedai..banyak yang jual..huhu

Tapi tu la ingat komen kawan kawan dia kata mee kuning ni sedap tak sama macam kat kedai. Mana taknya mana ada aku letak kapur ke pewarna ke..warna original dari serbuk kunyit.

Mee ni kalau buat utk masakan berkuah lagi sedap..aku suka buat mee soto atau mee sup.

Tapi mesin ni sekali jalan dapat sekilo lebih je, tu yang malas nak ambik order. Bayangkan berapa round aku nak pusing mesin tu sbb sorang yang order pun dah sekilo.

Ok..bye!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...