Pengikut

Rabu, 15 Oktober 2014

Sarapan di Warung Bunian

Hujung minggu yang lepas tercapai jgk hasrat nak makan di Warung Bunian. 2 kali pergi sana x dapat. Kali ni booked awal tu pun bila pegi nasi  lemak dah habis.

Aku cakap la dh tempah dulu. Dia usahakan jugak..yahoo..baiknya..dia offer nasi lemak ngan sambal udang galah..woeew...

Lepas makan terus bayar. Aku ambik nasi lemak pataya udang galah 2 pinggan, teh tarik 2 gelas dan roti canai sekeping.

Sangat terkejut harganya..cuma RM11.40 aje..murahnya..blh la pegi lagi.

Ahad, 12 Oktober 2014

Meatball dalam sos lada hitam

Semalam beli sepeket meatball jenama Ramly kat Ramly mart. Balik masuk freezer. Harini terpikir nak buat apa meatball tu..kalau grg makan nGAn sos cili tu macam tak kick plk. Sedap tu sedap tapi alaaa...kannn..

Pastu baru terinGAt  nak buat sos ala ala ikea gituu..

Aktiviti search google..dapatla resepi..cut, combine dgn citarasa sendiri dan bahan yg ada kat dapur je.

Setengah paket meatball- ketepikan.

Sos:
1) panas minyak dan mentega

2) masukkan bawang kuning sebiji. -goreng je bagi naik bau.

3) masukkan 2 sudu besar tepung GAndun- goreng sampai perang.

4) masukkan stok daging 2 cawan. Anggaran. Sebab kalau kuah tu kering mmg kena tambah air lagi. Nak guna kiub lembu pun blh.

5) masukkan 3 sudu sos bbq heinz, kicap satu sudu besar, 1 sudu besar black pepper biji yg ditumbuk dan serbuk black pepper. Ikut citarasa sendiri la nak banyak mana. Msukkan garam.

*Resepi asal  guna sos tomato,sos tiram. Aku ganti sos bbq heinz tu.

6) kacau la..kalau kering tambah air. Masukkan meatball tu. Masak sekali harung ngan sos. Meatball kalau nak goreng pun blh. Ini cara senang dan pantas.

7) siap. Selamat mencuba

Selasa, 7 Oktober 2014

Ma dah semakin sihat

Alhamdulillah..Ma dah semakin sihat..selepas kena strok dan sampai raya haji ni dah banyak perubahan Ma. Dah boleh jalan sendiri dah cuma bila kawasan berbukit atau tangga kena la pimpin dia.

Tangan dia sebelah kiri aje yg belum blh guna.. In sha Allah..harap-harap la blh baik sikit demi sedikit seperti sediakala. Dah rindu masakan Ma.

Raya korban kali ni buat pertama kalinya aku melaksanakan ibadah korban. Niat dari raya korban tahun  lepas lagi sebelum disahkan mengandung. Bila dh mengadung ingat nak buat aqiqah..tapi semua ketentuan Tuhan aku gugur di kala usia kandungan 5 bulan. Jadi tahun ini niat korban ajela.

Ya Allah..aku memohon padaMu agar kau berikan dan murahkan lagi rezeki kepada kami. Kau kurniakan zuriat kepada kami suami isteri.

Rindu masa baby bergerak dalam rahim..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...