Pengikut

Selasa, 7 Oktober 2014

Ma dah semakin sihat

Alhamdulillah..Ma dah semakin sihat..selepas kena strok dan sampai raya haji ni dah banyak perubahan Ma. Dah boleh jalan sendiri dah cuma bila kawasan berbukit atau tangga kena la pimpin dia.

Tangan dia sebelah kiri aje yg belum blh guna.. In sha Allah..harap-harap la blh baik sikit demi sedikit seperti sediakala. Dah rindu masakan Ma.

Raya korban kali ni buat pertama kalinya aku melaksanakan ibadah korban. Niat dari raya korban tahun  lepas lagi sebelum disahkan mengandung. Bila dh mengadung ingat nak buat aqiqah..tapi semua ketentuan Tuhan aku gugur di kala usia kandungan 5 bulan. Jadi tahun ini niat korban ajela.

Ya Allah..aku memohon padaMu agar kau berikan dan murahkan lagi rezeki kepada kami. Kau kurniakan zuriat kepada kami suami isteri.

Rindu masa baby bergerak dalam rahim..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...